Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
Sertai PEMADAM
 
Ingin Menyertai Kami?
Daftarlah diri anda sebagai :-
Kelab PEMADAM
Sahabat PEMADAM
Sukarelawan PEMADAM
Klik di sini untuk mengetahui bagaimana.
 

 
PEMADAM Memerlukan
Sokongan Anda
Apa peranan kita?
PEMADAM adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan oleh rakyat bagi membantu rakyat menangani gejala dadah yang kian meningkat di Malaysia. Oleh itu, sokongan dan bantuan daripada anda amat diperlukan dan dihargai
Individu dan Ibu Bapa
Guru dan Jiran
Masyarakat
Syarikat – syarikat Korporat
Badan – Badan NGO
Media Massa
Agensi Kerajaan
 
PEMADAM Memerlukan Sokongan Anda
PEMADAM adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan bagi membantu rakyat menangani gejala dadah yang kian meningkat di Malaysia. Oleh itu, semua entiti mesti berperanan dan bertanggungjawab SERTA menyuburkan budaya kasih sayang dan rasa kebersamaan. PEMADAM amat menggalakan sokongan dan bantuan daripada anda.

Syarikat-syarikat / Badan-badan NGO

Menganjurkan lebih banyak aktiviti – aktiviti kemasyarakatan terutamanya pencegahan dadah.
Membantu dari segi kewangan dalam kempen anti dadah.
Memberi sokongan padu terhadap PEMADAM dalam menjalankan kempen atau program pencegahan anti dadah dan turut serta bersama PEMADAM untuk menjayakan program tersebut.

Media Massa

Peranan media massa juga adalah sangat penting dalam menyalurkan maklumat berbentuk pengetahuan tentang dadah kepada masyarakat umumnya ia juga adalah salah satu cara yang lebih cepat dan efektif.
Media massa perlu memaparkan kisah – kisah benar berkaitan dengan kesengsaraan akibat dadah agar wujud kesedaran dalam diri setiap masyarakat.
Media massa harus lebih berhati – hati dalam menerbitkan buku, artikel atau sebagainya yang berunsurkan negatif yang boleh menarik minat pembaca terutamanya golongan remaja untuk mencuba atau melibatkan diri ke dalam kancah dadah ini.
Memberi sokongan padu terhadap badan – badan yang berkenaan untuk menjalankan kempen atau pameran anti dadah yang turut serta bersama mereka untuk menjayakan program tersebut.
Memperbanyakkan lagi terbitan berbentuk rencana, artikel atau rancangan berbentuk nasihat, pendidikan, pengetahuan berkenaan dadah. Di samping itu juga diselitkan sedikit hiburan agar ia dapat menarik perhatian penonton dan seterusnya dapat menyampaikan mesej dengan berkesan.





  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2009 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd