 |
Sebagai sebuah komuniti elakkan sikap ‘TIDAK AMBIL TAHU’ sebaliknya sentiasa respon dengan persekitaran anda dengan mengambil tahu apa yang berlaku terhadap jiran – jiran anda. |
 |
Menganjurkan lebih banyak aktiviti – aktiviti kemasyarakatan dan dari situ kenallah jiran – jiran di sekitar kawasan tinggal anda dan adakan aktiviti sihat seperti keagamaan, sukan, ceramah mencegah penyalahgunaan dadah dan jenayah. |
 |
Beramai – ramai turun padang dan membabitkan diri dalam mendidik dan membimbing masayarakat sama ada untuk membimbing mereka yang belum terbabit atau pernah terbabit dalam pelbagai penyakit sosial ini. |
 |
Sebagai komuniti itu haruslah mendampingi mereka dengan bergaul secara baik dan menerima mereka sebagai sebahagian anggota masyarakat tidak kira bangsa sekalipun serta sanggup mendengar masalah mereka. Jangan sesekali menyisihkan mereka. |
 |
Masyarakat seharusnya belajar menerima serta memberi sokongan kepada bekas penagih yang telah pulih kembali supaya mereka merasakan diri mereka masih diperlukan untuk memulakan kehidupan baru tanpa dadah. |
 |
Elakkan dari bersikap individulisme kerana menyebabkan tiada kawalan sosial ke atas penduduk sekeliling terutamanya remaja. |
 |
Menjalinkan kemesraan di antara sesama jiran tetangga dari semasa ke semasa agar kita dapat mengetahui apa yang berlaku di antara jiran – jiran di kawasan perumahan kita. |
 |
Sekiranya anda mensyaki sebarang perubahan tingkah laku jiran anda, tanya dan cakap dengan mereka mengenai perkara yang meragukan anda. Laporkan kepad apihak polis sekiranya anda pasti mereka terlibat dnegan gejala dadah ini. |
 |
Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih dadah dan melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan. |