Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
Sertai PEMADAM
 
Ingin Menyertai Kami?
Daftarlah diri anda sebagai :-
Kelab PEMADAM
Sahabat PEMADAM
Sukarelawan PEMADAM
Klik di sini untuk mengetahui bagaimana.
 

 
PEMADAM Memerlukan
Sokongan Anda
Apa peranan kita?
PEMADAM adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan oleh rakyat bagi membantu rakyat menangani gejala dadah yang kian meningkat di Malaysia. Oleh itu, sokongan dan bantuan daripada anda amat diperlukan dan dihargai
Individu dan Ibu Bapa
Guru dan Jiran
Masyarakat
Syarikat – syarikat Korporat
Badan – Badan NGO
Media Massa
Agensi Kerajaan
 
PEMADAM Memerlukan Sokongan Anda
PEMADAM adalah sebuah badan NGO yang ditubuhkan bagi membantu rakyat menangani gejala dadah yang kian meningkat di Malaysia. Oleh itu, semua entiti mesti berperanan dan bertanggungjawab SERTA menyuburkan budaya kasih sayang dan rasa kebersamaan. PEMADAM amat menggalakan sokongan dan bantuan daripada anda.

Agensi Kerajaan

Memperbanyakkan lagi program atau pameran yang bersifat pengetahuan mengenai dadah dan kesannya, Mempelbagaikan aktiviti – aktiviti di dalam program itu supaya ia dapat menarik perhatian terutamanya golongan remaja.
Menyekat serta Membanteras secara besar – besaran kegiatan penyeludupan dadah yang melintasi batas sempadan sesebuah Negara kerana ia boleh mengancam keselamatan Negara.
Memberi keutamaan dan sokongan terhadap badan – badan berkanun yang ingin menganjurkan program – program untuk menangani penyalahgunaan dadah.
Pihak kerajaan dan pihak berkuasa sesebuah Negara juga harus meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang – undang agar mereka yang terlibat di dalam gejala dadah ini tidak terlepas dari hukuman.
Melengkapkan Kurikulum Pendidikan Pencegahan Dadah untuk dilaksanakan di peringkat Pra Sekolah lagi.
Kakitangan institusi pendidikan di Malaysia perlu memainkan peranan aktif di dalam program Pencegahan Dadah.
Kerajaan perlu menubuhkan mahkamah khas bagi mendakwa kes membuktikan penagihan dan pengedaran dadah di dalam Negara ini kerana dengan wujudnya Mahkamah Khas berkenaan ini akan mempercepatkan kes pendakwaan serta menilai semula akta sedia ada supaya ia mampu memberi pengajaran kepada mereka terbabit.





  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2012 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd