Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
KONGSI CERITA
Kongsi Pengalaman Anda
Semua cerita yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan dilaman ini.
 

 
KONGSI CERITA

Ruangan kongsi cerita ini dibuka sebagai satu nukilan atau coretan pengalaman hidup inividu dan diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan dan semagat kepada orang lain.

Terima kasih kepada mereka yang telah menghantar nukilan- nukilan untuk tatapan kita bersama. Kami Amat Menghargainya.

 
Kongsi Cerita :: Maklumat Lanjut Cerita

Demi Cinta
00/00/0000
Oleh

Dulu suamiku seorang manusia yang normal..Tekanan kerja,keluarga,taraf hidup yang meningkat,perbelanjaan harian telah menyebabkan suamiku terjebak dengan dadah..kerana keegoaannya dan hilang pedoman dia memilih dadah sebagai jalan penyelesaian..Mungkin dia belum bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah..Kesan sejarah kanak-kanaknya yang perit..Namun aku juga turut menambahkan lagi tekanan padanya..Masing-masing ego dan keras kepala..

Aku dibuang keluarga kerana aku pilih untuk terus bersama suami kerana aku yakin dia boleh berubah..Kini dia menjalani rawatan Metadon di sebuah klinik..Rumahtangga kami kini aman damai..Aku juga memainkan peranan yang penting untuk memberi sokongan dan semangat agar suamiku berjaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..Untuk itu aku perlu banyak bersabar, berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah..Kerana hanya Allah yang mampu menolong hambanya..Selama ini aku alpa dan mementingkan diri sendiri..aku tidak peduli apa yang akan terjadi pada suamiku hanya kerana aku kecil hati pada perkara yang remeh temeh..Ku biarkan suamiku keseorangan menghadapi masalah dan tekanan yang dialaminya tanpa mahu mendengar dan memahami luahan hatinya yang menderita..Tuhan telah membuka mataku untuk menyedari kesilapan yang telah aku lakukan sebagai seorang isteri..Aku menyesal kerana tidak cuba memahami suamiku sehingga dia kerap keluar rumah dan akhirnya bergaul dengan rakan-rakan penagih..Aku akan berjuang untuk mengubah nasib kami sekeluarga..Masa depan kami yang cerah takkan aku siakan..Aku percaya hanya kasih sayang yang mampu mengikat dan menyelamatkan kita dari terjerumus ke lembah hina..

  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2010 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd