assalamualaikum.
saya ingin berkongsi sebuah pengalaman hidup pak cik saya kepada pembaca sekalian.Pada masa ini beliau telah meninggal dunia sejak tahun lalu akibat penagihan dadah.Beliau sanggup mencuri wang ibunya yang berjumlah ribuan ringgit. Duit tersebut adalah daripada duit pencen arwah ayahnya.
Beliau juga selalu datang ke rumah saya,untuk meminta duit.Jikalau tidak dapat, beliau akan mengamuk untuk mendapatkannya.Walaupun saya sedih terhadapnya, namun saya tidak dapat untuk mengubah hidupnya kerana beliau adalah seorang yang cepat naik angin.Beliau mendapatkan bekalan heroin daripada rakan-rakannya.saya sungguh tidak sangka sikapnya begitu berubah sejak menghisap dadah.ibu dan adik-adiknya dimaki dan dicaci dengan bermacam-macam perkataan yang hina.saya berharap agar remaja-remaja yang lain tidak terjebak dengan dadah kerana ia akan memberi kesan yang amat mendalam lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga. |