Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
KONGSI CERITA
Kongsi Pengalaman Anda
Semua cerita yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan dilaman ini.
 

 
KONGSI CERITA

Ruangan kongsi cerita ini dibuka sebagai satu nukilan atau coretan pengalaman hidup inividu dan diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan dan semagat kepada orang lain.

Terima kasih kepada mereka yang telah menghantar nukilan- nukilan untuk tatapan kita bersama. Kami Amat Menghargainya.

 
Kongsi Cerita :: Maklumat Lanjut Cerita

Sajak: Pesanku (pena dari umi)
13/07/2006
Oleh Ku Pasrah

Aku pernah melihat
sekumpulan remaja sedang berkhayal dibuai alpa
mencipta dunia penuh kepuraan
hanyut dalam arus kedurjanaan
mencari bahagia dalam kesengsaraan dalam kehinaan.

Apa agaknya yang mereka rasakan ya?
Ah...! Lupakan semua masalah
tengok... aku dapat pegang bulan la..
akulah yang paling hebat
aku lagi hebat
dah dua hari aku tak tidur
aku ingin bebas... terbang macam burung

Terhiris hati sebak rasa didada
inikah generasi bakal pewaris negara?
bakal pemimpin di hari muka?

Teringat kata-kata seorang pemimpin negara
inikah yang tersirat dalam amanatnya?

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan dari
membiarkan bangsaku dihina

Yang lebih mengharukan
bukan kuasa luar yang menjajah
bukan kuasa lain yang memerintah

Tapi
kerana kejahilan bermaharajalela
kerana emosi dan nafsu mengatasi segala
hilang malu !
luntur budi!
lupa diri!

Wahai teman
aku ingin berpesan
hidup ini perjuangan
harus berani tabahkan hati
hadapi kenyataan jangan lari

Apa jua persoalan?
dadah bukan jawapan.

Apa jua istilahnya
syabu,morfin,heroin
tetap membawa kehancuran

Wahai teman
aku ingin berpesan
kenali dirimu,cari kekuatan dan kelemahan

Terima seadanya
redha ketentuan Tuhanmu

Kembalilah ke jalan NYA
cari kebahagiaan,sebenarnya
ia ada dalam dirimu

Cari makna hidupmu
sebenarnya ia adalah milikmu

Duhai ibu, duhai ayah jua guru tercinta serta rakan semua
marilah kita bersama menjana bangsa tanpa dadah!!!
kelak kita hidup sejahtera.

  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2010 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd