Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
KONGSI CERITA
Kongsi Pengalaman Anda
Semua cerita yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan dilaman ini.
 

 
KONGSI CERITA

Ruangan kongsi cerita ini dibuka sebagai satu nukilan atau coretan pengalaman hidup inividu dan diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan dan semagat kepada orang lain.

Terima kasih kepada mereka yang telah menghantar nukilan- nukilan untuk tatapan kita bersama. Kami Amat Menghargainya.

 
Kongsi Cerita :: Maklumat Lanjut Cerita

Amfetamin......
22/06/2006
Oleh phalanx

Saya lahir dalam keluarga yang bahagia di utara tanah air. Dalam usia awal 20an saya sekarang masih menunutut di sebuah salah sebuah IPTA selatan tanah air.

Kisah saya bermula pada tahun lepas ketika saya 'break semester' atau tangguh pengajian, akibat masalah kewangan saya bekerja di sebuah restoran dan mula berkawan dengan remaja sebaya, pada awalnya agak aneh kerana mereka kerja tanpa henti dan tidak letih.

Saya bertanya apa petuanya dan pada masa itu saya yang jahil tentang dadah mula diperkenalkan dengan syabu atau ais. Tetapi harganya agak mahal dan tidak mampu saya beli berbanding dengan kesannya.

Akhirnya saya minta yang murah dan senang didapati di sesetengah farmasi. Itulah kali pertama saya mengambil amfetamin, bermula dengan kehendak kerja akhirnya saya jadi ketagih jika satu hari tidak makan pil amfetamin.

Saya mula jadi penagih dan mula jadi tidak keruan. Pernah sekali saya mengambil amfetamin secara 'over dos' dan menjadi gila di tengah-tengah jalan raya. mujur tidak berlaku kemalangan.

Perubahan diri mula terasa ketara dalam 3 bulan pertama, dengan berat saya yang 80 kg dalam masa 3 bulan jadi 60 kg. Saya mula hilang selera makan tetapi cergas dan aktif, itulah penangan amfetamin.

Akhirnya keluarga saya dapat mengetahui keadaan saya yang semakin teruk, dan pak cik saya seorang anggota polis sudah syak yang saya mula jadi penagih. Saya telah dibawa ke pusat perubatan swasta secara alternatif.

Alhamdulillah....Tuhan masih sayangkan saya, saya pulih sepenuhnya dan masih menyambung semula pelajaran saya yang terakhir, cuma mengalami hilang daya ingatan akibat kerosakan sel otak, itulah penangan amfetamin.

Kepada kawan - kawan semua .. ingatlah JANGAN SESEKALI MENGAMBIL AMFETAMIN... kelak akan MEMBINASAKAN DIRI ANDA ... Saya INSAF !

  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2010 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd