Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
KONGSI CERITA
Kongsi Pengalaman Anda
Semua cerita yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan dilaman ini.
 

 
KONGSI CERITA

Ruangan kongsi cerita ini dibuka sebagai satu nukilan atau coretan pengalaman hidup inividu dan diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan dan semagat kepada orang lain.

Terima kasih kepada mereka yang telah menghantar nukilan- nukilan untuk tatapan kita bersama. Kami Amat Menghargainya.

 
Kongsi Cerita :: Maklumat Lanjut Cerita

Aku Isteri Penagih .....
23/05/2006
Oleh Noor

Aku dilahirkan sebagai insan yang cukup sempurna...cantik, ayu, putih, gebu, bijak, pandai, berpewatakan menarik, mempunyai daya berkepimpinan dan segala-galanya..

Sedari kecil hinggalah dewasa, aku sentiasa menjadi perhatian .

Tetapi...aku telah memilih seorang penagih dadah sebagai suami. Ini dikatakan jodoh pertemuaan di tangan Tuhan. Demi cinta, aku berkahwin juga dengannya, walaupun aku telah mengetahui apa yang bakal aku tempuh sekiranya aku memilih dia.

Aku hidup dalam kesusahan. Duit sentiasa tidak cukup malahan hutang keliling pinggang. Walaupun gaji seorang guru cukup besar bagiku, namun segalanya aku kena tanggung sehinggakan aku tidak pernah merasa kemewahan semenjak berkahwin dengannya.

Janjinya untuk berhenti dari dadah hanya tinggal janji ....aku sangat kecewa! Suamiku masih lagi dengan tabiatnya menagih dadah tanpa mempedulikan kami anakberanak.. baginya kami tidak penting .. kerana ada yang lebih penting lagi.

Aku pasrah... kepada Tuhan aku berserah semoga ada sinar mentari untuk keluarga kami. Aku penuh berharap agar suamiku berubah suatu hari nanti. Dorongan dan kata - kata perangsang telah ku berikan tetapi semuanya umpama mencurah air ke daun keladi.

Suamiku mati jua akhirnya kerana AIDS....

Syukur alhamdulillah kerana aku dan dua puteriku selamat dari penyakit itu. Allah masih menyayangi diriku. Tetapi, masyarakat memandang serong kepadaku. Memandang jijik kepadaku.

Aku tabahkan hati! .. Aku cuba mengubah hidupku demi anak-anak . Aku kini berada di tahap yang sangat membanggakan dan aku akan berusaha untuk lebih berjaya lagi. Semoga Allah memberikan aku kejayaan ini demi anak-anak yang sangat kucintai ....Amin.

Harapan agar pihak kalian yang membaca artikel ini turut memberikan sokongan dan doa buat kami ....

.............(sebenarnya, terlalu panjang cerita yang ingin aku sampaikan, tapi masa tidak mengizinkan aku untuk terus mengadap komputer. Insyallah, jika ada kesempatan, saya ingin menceritakan dengan lebih banyak lagi bagaimana dari awal saya mengenali dia ..... dan bagaimana musnahnya hidupku akibat DADAH yang diambilnya itu.......)

  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2010 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd