Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
KONGSI CERITA
Kongsi Pengalaman Anda
Semua cerita yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum diterbitkan dilaman ini.
 

 
KONGSI CERITA

Ruangan kongsi cerita ini dibuka sebagai satu nukilan atau coretan pengalaman hidup inividu dan diharap ianya dapat dijadikan sebagai panduan dan semagat kepada orang lain.

Terima kasih kepada mereka yang telah menghantar nukilan- nukilan untuk tatapan kita bersama. Kami Amat Menghargainya.

 
Kongsi Cerita :: Maklumat Lanjut Cerita

SAJAK : SEGENGGAM RESOLUSI
23/03/2006
Oleh Nordin Razak

Pintu kinsafan terkuak dalam sebuah rumah tangga
Yang berpaksi kepada kebahagian keluarga
Ibu Bapa adalah role-model mewarnai kemanisan anak-anak
Pengisiannya di ruang waktu mendidik mengasih
Melentur biarlah waktu rebungnya masih muda
Menanam bibit citarasa menghayati seni serta sosial budaya
Setiap ribut sosial dalam keluarga perlu ditangani dengan bijaksana
Ketagihan dadah bisa merunduk kesejahteraan keluarga kita
Yang sekian dulunya dipupuk dan dibajai
Bebaskanlah dadah dari membelenggu keluarga kita


Anak – anak membesar dalam alam persekolahan
Di sana budi tersemai ilmu tercanai
Di sana benteng dibina menghindar segala bencana
Guru, murid dan ibu bapa menjadi pendokong bersama
Mengintegrasikan pendidikan pencegahan dalam pengajian dan penyerapan nilai mulia
Akan lahirlah generasi pewaris gah dan perkasa
Warga berilmu membina keutuhan bangsa
Penggerak wadah pembangunan negara
Bebaskan Sekolah dari angkara dadah yang berbahaya

Di tempat kerja lama seharian kita di situ
Mari kita hamparkan suasana selesa yang ceria selalu
Meningkatkan produktiviti dan para karyawan yang berkualiti
Menjana ekonomi langsung negara bertambah maju
Bersihkan tempat kerja daripada bencana dadah
Yang menjadi musuh negara nombor satu
Yang telah remuk dan punah itu sama –sama dibantu
Bebaskan tempat kerja dari dadah yang celaka itu

Antara parah dan pasrah
Dadah membawa parah
Racun berbisa yang mengoyak susila bangsa
Basmikan pengaruhnya dalam masyarakat kita
Mari kita bina sebuah komuniti teguh dan perkasa
Merimbunkan ketahanan diri supaya kuat ranting rohani
Sehingga ke akar umbi memupuk kesejahteraan komuniti
Dari pemimpin turun melata bersama arus sosial dalam masyarakat madani
Kejelikan antara kalangan ahli perlu dihindari
Mantapkan kesetiakawanan dan pengakraban barisan
Kita adalah bangsa yang bermaruah dan penuh jati diri
Bebaskan! Bebaskan! Dadah dalam komuniti

Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam keluarga
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam sekolah
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah di tempat kerja
Kita tolak dadah!
Bebaskan dadah dalam komuniti
Kita tolak dadah!
Dadah tidak lagi dimana-mana
Bebaskan dadah dalam negara kami
Itulah janji kami dalam segengam resolusi

Kota Kinabalu – 18 Januari 2002

  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2010 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd