Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
SERTAI PEMADAM
Kelab PEMADAM
Klik di sini untuk dapatkan Borang Keahlian Kelab PEMADAM.
Bagi yang belum mengaktifkan keahlian Ahli Kelab PEMADAM, sila aktifkan keahlian anda.
 

 
Log Masuk
 
Kelab PEMADAM
Nama Penuh :
No. Ahli :
 

 
Log Masuk Admin
Kemasukan Mengikut IPT
 
Kelab PEMADAM

Pengenalan

Kelab PEMADAM Malaysia ditubuhkan untuk menggalakan lebih ramai mahasiswa/mahasiswi IPTA/IPTS bergiat aktif sebagai agen pencegahan dadah di IPT menerusi Kelab PEMADAM. Ia juga memupuk kesedaran pencegahan dadah yang komprehensif dan berterusan di kalangan mahasiswa/mahasiswi. Ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati golongan belia terutamanya golongan mahasiswa/mahasiswa IPTA/IPTS agar diberi pendedahan dan kesedaran anti dadah yang mendalam. Melalui Kelab PEMADAM ini dapat diwujudkan rangkaian kerja pencegahan dadah yang meluas bagi menyokong dasar kerajaan memerangi dadah habis-habisan ke arah Mahasiswa Bebas Dadah 2010 dan Negara Bebas Dadah 2015.

Objektif Kelab PEMADAM

1. Menyediakan alternatif-alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat mahasiswa/mahasiswi terlibat dengan dadah.
2. Menyediakan forum kepada ahli-ahli Kelab PEMADAM bagi menjana penglibatan mereka sebagai agen rakan sebaya dalam kerja-kerja pencegahan dadah.
3. Mewujudkan interaksi dan rangkaian perhubungan yang positif di kalangan ahli ke arah perkongsian pengalaman, pemupukan semangat dan penghargaan kendiri yang positif.

Cara Menyertai Kelab PEMADAM

PEMADAM amat mengalu-alukan mahasiswa/mahasiswi yang berminat untuk menjadi Ahli Kelab PEMADAM. Panduan keahlian adalah seperti berikut :-

Kelayakan permohonan sebagai Ahli Kelab PEMADAM adalah mahasiswa/mahasiswi IPTA/IPTS/Kolej/Universiti/Maktab yang berumur di antara 18 - 25 tahun sahaja.
Permohonan sebagai Ahli Kelab PEMADAM akan dikenakan bayaran keahlian sebanyak RM 2.00, iaitu RM 1.00 bagi yuran tahunan setiap tahun dan RM 1.00 bagi bayaran pendaftaran baru.
 
Borang pendaftaran Ahli PEMADAM perlu dikembalikan semula ke alamat di bawah :-

Setiausaha Agung, PEMADAM Kebangsaan
No. 8, Jalan Ledang, 50480 Kuala Lumpur
(Up : Bahagian Keahlian PEMADAM)

Bersama-sama borang pendaftaran, lampirkan dokumen berikut :-

2 salinan kad pengenalan (MyKad),
2 keping gambar terbaru berukuran pasport dan,
Yuran keahlian (Kiriman Wang Pos).

Denda RM 10.00 akan dikenakan untuk urusan memperbaharui kad sekiranya kad keahlian rosak atau hilang.
Borang Permohonan Keahlian boleh diperolehi di Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti/Kolej masing-masing.



  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2008 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd