Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
Fakta Dadah :       Jenis-jenis Dadah | Tanda-tanda Penagihan Dadah | Akta & Undang-undang Dadah | Statistik Penagihan | Statistik HIV/AIDS
Akta & Undang-undang Dadah :: Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 - Pindaan 1998

SEKSYEN

KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN
3
Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :
  1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
  2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.
4
Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :
  1. Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
    • Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
    • Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.
5
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
  1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
  2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan
6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah
  1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
    • Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
    • Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.
7
Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret. Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.
19
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
  1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
    • Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
    • Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
    • Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
  2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.
  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2008 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd