Muka Utama | Siber Kaunseling | Kongsi Cerita| Forum | Laman Lain | Hubungi Kami | E-Mel | Login   
 
Log Masuk
Siber Kaunseling
Mulakan sessi kaunseling
Nama Samaran :
Kata Laluan :
Terlupa kata laluan? Klik di sini untuk mendapat bantuan.

 
Pendaftaran PERCUMA
Perlu Khidmat Kaunseling?
Daftarlah diri anda bagi mendapat perkhidmatan secara PERCUMA ini.
 

 
APA ITU SIBER KAUNSELING?

Siber kaunseling adalah satu khidmat PERCUMA oleh PEMADAM kepada orang ramai yang ingin mendapat maklumat, nasihat ataupun panduan dalam menangani gejala dadah. Anda tidak perlu mendedahkan identiti anda kepada kami. Anda hanya perlu memberi kami nama samaran anda sahaja.
 
Siber Kaunseling :: Rashiema
NOTA : Tidak semua teks kaunseling akan dipamerkan dilaman web ini. Teks mengenai isu yang sensitif atau sulit telah dirahsiakan.

1 rekod ditemui. « Prev | 1-1 | Next »
No.OlehTextTarikh 
 1 Rashiema Saya telah mendirikan rumahtangga pada 2003..di awal perkahwinan kami bahagia dan memiliki seorang cahayamata..
ketika suami mendapat tawaran kerja yang lebih baik, suami saya mula berubah sikap..terdapat banyak faktor yang mendorong dia terjebak dengan dadah..namun saya masih tidak mahu percaya yg dia terlibat dengan dadah meskipun didepan mata saya sendiri dia menyuntik morfin,subutex,dormicum,pi kuda dan entah apa lagi..
pada mulanya saya cuma bersikap positif dengan berlembut dan menemani dia mendapatkan rawatan metadon dan subutex..tapi dalam masa yang sama, saya amat tertekan lebih2 lagi sikap keluarga yang bimbangkan keselamatan dan kesihatan saya..keluarga tidak memaksa tetapi apabila berlaku masalah dan selisih faham antara kami, saya terpaksa pulang..dari apa yang saya lihat suami saya mencampurkan subutex dgn dormicum..dia juga tidak mengikut nasihat doktor.metadon pun dia ingin suntik..dia seolah2 ketagih jarum..apa saja ingin disuntik dlm tubuh..pernah dia mengambil jarum yang kotor didlm tong sampah..saya takut dan sedih dengan kelakuan dia yang seperti orang hilang akal..saya akui sukar untuk saya membuat keputusan walaupun melihat dengan mata sendiri, namun keluarga banyak menasihatkan dan memberi sokongan moral agar saya melupakan suami..
Sudah empat kali saya lari dan kembali kepada suami..dia berjanji akan berubah tapi ternyata gagal mengotakan janjinya..
Kini, saya sudah nekad untuk menjauhkan diri darinya demi menghormati permintaan keluarga yang tidak mahu saya susah kemudian hari, juga simpati pada nasib anak..Sejak tinggal berasingan, hati saya lebih tenang dan dapat menikmati hidup dengan lebih sempurna..jika dulu saya ketakutan untuk pulang ke rumah selepas waktu kerja, sekarang saya berasa tidak terancam lagi..saya cuba menuntut cerai namun keadaan suami yang tidak mempunyai rekod sebagai penagih menyukarkan keadaan..
Namun suami tidak putus asa memujuk saya..saya tertekan dengan situasi sekarang..dia seolah tidak mempunyai perasaan sekalipun saya memarahinya..katanya dia tidak boleh melupakan saya..
Saya ingin meminta tuan/puan untuk menyelesaikan masalah saya dengan cara yang terbaik.. 
06/04/2006 
  PEMADAM tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan dan liabliti daripada penggunaan maklumat dari laman web ini.
PEMADAM © 2010 Hakcipta Terpelihara.
Powered by : Content Capital Sdn Bhd